Login
BAHAGIAN
:: UNIT PERKHIDMATAN
:: UNIT KEWANGAN
:: STOR INTERGRASI
:: UNIT SAJIAN
:: URPD
:: UNIT EMTS
:: UNIT PATOLOGI
:: HDU
:: UNIT SUCIHAMA
PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL JELEBU
1. Setiap pesakit akan diberi rawatn perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini.
2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat , bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
4. Setiap pesakit diberi jaminan kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
|
:: Pengumuman ::
:: Info Hospital ::
Hospital Jelebu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di pekan Kuala Klawang dalam daerah Jelebu. Ia merupakan satu-satunya hospital yang ada di daerah Jelebu. Hospital ini mempunyai beberapa blok bangunan yang berasingan mengikut unit-unit yang berkenaan dimana antaranya terdiri daripada Pejabat Am, Unit Rekod, Unit Kecemasan, Unit Haemodialisys, Unit Farmasi, Unit Pathology, Unit Sucihama, Stor Integrasi termasuk wad-wad beserta asrama jururawat. Hospital Jelebu terletak berdekatan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Klinik Kesihatan Jelebu dan juga Sek. Men. Kebangsaan Undang Jelebu. Melalui jalan raya, perjalanan menggunakan kenderaan bermotor dari stesen komuter Seremban ke Hospital Jelebu mengambil masa lebih kurang 45 minit.
:: Perkembangan Terkini ::
PUTRAJAYA 5 Nov. – Pasukan pemantau wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini hari ini, Tiong Lai berkata, jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.
“Pada hari biasa, kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius.
“Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti,” katanya.
Pada majlis itu, Hospital Tampin dan Klinik Kesihatan Penampang meraih Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kaunter, manakala Anugerah Kualiti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja bagi kategori teknikal dan pengurusan masing-masing diterima oleh Pejabat Pergigian Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth dan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Hospital Jelebu menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan, manakala Anugerah Kualiti Laman Web dimenangi oleh Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, jumlah kematian akibat wabak selesema babi di negara ini kekal 77 orang.
Bagaimanapun katanya, dalam tempoh seminggu dari 25 hingga 31 Oktober lalu, 255 pesakit baru dengan gejala serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 213 pesakit dibenarkan pulang.
“Pada 31 Oktober lalu, jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah 446 kes di 49 buah hospital termasuk dua hospital swasta.
Daripada jumlah kes ILI yang masih dirawat itu, hanya 11 pesakit atau tiga peratus merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
|
|
|
|
Change the content of this template to fit your needs.
|
Carian
MOH CUBE
TARIKH KEMASKINI
Suapan
PAUTAN
|